AM

Mangsa Banjir Di Sarawak Berkurangan, Sabah Meningkat

03/02/2025 11:14 AM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan sedikit pengurangan pagi ini manakala di Sabah berlaku peningkatan.  

Di SARAWAK, jumlah mangsa berkurangan kepada 10,068 orang pada 8 pagi berbanding 10,104 orang yang direkodkan malam tadi, dengan kesemua mereka berlindung di 46 PPS. 

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah mangsa di bahagian Bintulu (melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh) ialah 4,901 orang manakala di bahagian Serian (daerah Serian, Siburan dan Balai Ringin) merekodkan 1,744 orang.

Bahagian Samarahan (daerah Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan dan Gedong) mencatatkan 743 mangsa dengan sebuah PPS baharu dibuka di Sebuyau, manakala di bahagian Sibu (daerah Sibu, Selangau dan Kanowit) sebanyak 1,147 orang. 

Mangsa banjir di bahagian Mukah  (daerah Mukah dan Dalat)  ialah 142 orang manakala 1,391 orang direkodkan di bahagian Miri (daerah Miri, Subis dan Beluru). 

Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 196 orang daripada 55 keluarga pagi ini, berbanding 155 orang daripada 41 keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan pemindahan baharu di Kinabatangan malam tadi melibatkan 41 individu daripada 14 keluarga yang dipindahkan ke sebuah PPS manakala mangsa di Tongod kekal 155 orang.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan