KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
Timbalan Perdana Menteri menyifatkan cadangan individu tertentu itu sebagai ‘bermimpi di siang hari’.
“Kita tidak pernah terpengaruh dengan mana-mana desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam BN.
“...tidak pernah dibincangkan (mengeluarkan MCA dari BN) cadangan itu hanyalah desakan daripada orang yang ‘bermimpi di siang hari’,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Inap Desa di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
BN dianggotai UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Media baru-baru ini melaporkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan terdapat ‘orang luar’ yang mencadangkan agar UMNO menyingkirkan MCA daripada BN.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial