JENAYAH & MAHKAMAH

Nahas Helikopter Di Bentong: Siasatan BSKU Dijangka Selesai Hari Ini

07/02/2025 03:44 PM

KUANTAN, 7 Feb (Bernama) -- Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan dijangka siap hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi Bernama berkata buat masa ini BSKU masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan bangkai helikopter itu akan dibawa keluar selepas siasatan selesai dijalankan.

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan BSKU akan melakukan siasatan lanjut mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Nahas melibatkan helikopter jenis Bell 206L4 itu mengorbankan jurutera warga Indonesia Finsen Reskey Sembiring, 27, akibat terkena libasan bilah kipas pesawat.

Bagaimanapun, juruterbang helikopter berkenaan yang juga warga Indonesia terselamat dalam insiden tersebut.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan