KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.
KTMB memaklumkan sebanyak 483,880 penumpang menggunakan perkhidmatan itu berbanding 479,877 penumpang tahun lepas, terutamanya menuju ke Stesen Batu Caves.
“Inisiatif tambang percuma yang dilaksanakan untuk dua hari pada 10 dan 11 Feb turut mencatatkan peningkatan tujuh peratus dengan 333,684 penumpang telah memanfaatkan perjalanan percuma ini, berbanding 310,905 penumpang tahun lepas,” menurut KTMB dalam kenyataan hari ini.
Inisiatif itu menurut KTMB bukan sahaja menggalakkan penggunaan pengangkutan awam malah membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta meringankan beban kewangan pengguna sepanjang tempoh berkenaan.
KTMB turut menzahirkan penghargaan kepada semua pengguna yang memilih perkhidmatan KTM Komuter sepanjang Thaipusam dan komited dalam menambah baik perkhidmatan demi keselesaan serta keselamatan penumpang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial