AM

PM Anwar Ingatkan Elak Sentuh Polemik 3R Dalam Kenyataan Atau Tindakan

04/03/2025 05:30 PM

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar mengelakkan polemik 3R (kaum, agama dan raja) dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak agar mengutamakan sikap hormat-menghormati dan kasih sayang dalam hidup bermasyarakat.

“Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, hari ini.

Selain itu, beliau berkata Anwar turut menekankan kepentingan untuk seluruh rakyat mendakap kemas prinsip Rukun Negara selaku asas perpaduan yang harus dihayati dan diamalkan.

Katanya, ia bagi mempertahankan keharmonian serta menolak usaha dan tindakan yang boleh memecah-belahkan perpaduan nasional.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan