KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Pengendali perkhidmatan bas Rapid KL dan bas perantara MRT, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melancarkan tujuh laluan baharu melibatkan 18 van bagi perkhidmatan Rapid KL On-Demand bermula Isnin ini.
Laluan itu merangkumi UNITEN-Bangi, LRT Wangsa Maju-Sri Rampai, Titiwangsa-Chow Kit, Bandar Kinrara-Jalan Puchong, Taman OUG-Kuchai Lama, Bukit Antarabangsa-Setiawangsa dan Taman Melati-Gombak Setia.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Ku Jamil Zakaria berkata sejak perkhidmatan On-Demand diperkenalkan pada 2023, sebanyak 19 laluan telah beroperasi.
Beliau berkata menjelang Jun ini, lebih banyak laluan akan diperkenalkan secara berperingkat, seiring dengan penerimaan van baharu bagi memudahkan perjalanan pengguna.
Perkhidmatan Rapid KL On-Demand menawarkan jaminan tempat duduk dengan tempahan dibuat menggunakan aplikasi Mobi, Trek Rides atau Kummute (mengikut kawasan) dari 6 pagi hingga 11.30 malam.
Menurut Rapid Bus, tambang promosi RM1 dilanjutkan untuk memberi peluang kepada orang ramai menikmati perkhidmatan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial