AM

Malaysia Terima Jemputan Rasmi Ke United Nations Peacekeeping 2025 Di Berlin

06/03/2025 11:14 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Malaysia dijemput secara rasmi bagi menghadiri United Nations Peacekeeping Ministerial 2025 yang akan diadakan di Berlin, Jerman pada Mei ini.  

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam hantaran menerusi Facebook berkata kehadiran Malaysia ke forum berkenaan antara lain bagi memperbaharui komitmen dan tekad sebagai antara negara dunia yang menyumbang kepada misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau berkata jemputan rasmi itu diserahkan kepadanya oleh Duta Jerman ke Malaysia Dr Peter Blomeyer semasa perjumpaan di Wisma Pertahanan hari ini.

"Pertemuan ini memberi ruang saya bertukar pandangan berkenaan perkembangan di kedua-dua negara, termasuklah mengenai keputusan pilihan raya republik itu baru-baru ini. Turut dibincangkan soal hubungan dan kerjasama pertahanan sedia ada antara kedua-dua negara," katanya.

Mohamed Khaled memaklumkan semasa permukiman Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Pulau Pinang minggu lepas, Jerman dan Turkiye telah diterima sebulat suara sebagai negara pemerhati dalam program pemerhati kumpulan pakar (EWG) ADMM.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan