DUNIA

Rubio Lawat Arab Saudi, Kanada Bincang Mengenai Ukraine, Keselamatan Global

10/03/2025 01:09 PM

WASHINGTON, 10 Mac (Bernama-Anadolu) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Kanada minggu ini bagi perbincangan peringkat tinggi berhubung perang Rusia-Ukraine serta isu keselamatan global, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad. 

Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik. 

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bagi membincangkan isu serantau serta langkah memperkukuh hubungan AS-Arab Saudi, menurut jurucakap Jabatan Negara, Tammy Bruce. 

Selepas pertemuan itu, Rubio akan berlepas ke Charlevoix, Kanada pada Rabu bagi menghadiri mesyuarat menteri luar G7 selama tiga hari, yang bertujuan mengukuhkan visi dasar luar "America First" Presiden Donald Trump, kata Bruce. 

Ketegangan antara Kanada dan AS semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu berikutan cadangan Trump untuk mengenakan tarif serta kenyataannya yang mencadangkan bahawa negara jiran di utara AS itu sepatutnya menjadi sebahagian daripada wilayahnya. 

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan