KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, mencerminkan kerugian di pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS) selepas pengukuhan dolar US di tengah-tengah kebimbangan mengenai dasar perdagangan Donald Trump.
Kontrak Mac 2025 menurun kepada US$2,917.70 satu auns troy berbanding US$2,928.60 satu auns troy yang dicatatkan pada Jumaat lepas dan April 2025 menyusut kepada US$2,927.50 satu auns troy daripada US $2,938 satu auns troy.
Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya merosot kepada US$2,936.70 satu auns troy auns berbanding US$2,946.80 satu auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 141 lot daripada 83 lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 201 kontrak daripada 144 kontrak.
Berdasarkan kepada penetapan tengah hari London Bullion Market Association, 7 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2931.15 satu auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial