KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga Ahad ini.
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 11.35 pagi tadi memaklumkan kawasan yang terlibat di Pahang adalah Rompin manakala di Johor membabitkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Bagi hujan berterusan tahap buruk, amaran dikeluarkan di beberapa kawasan lain di Pahang iaitu Bera dan Pekan manakala di Johor melibatkan Tangkak, Segamat dan Muar.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Terengganu meliputi Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala Pahang melibatkan Jerantut, Maran dan Kuantan.
Amaran yang sama turut dikeluarkan di Melaka dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan membabitkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
Di Sarawak, kawasan yang terlibat merangkumi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial