AM

Kerajaan Pulau Pinang Lulus Peruntukan RM360,000 Kepada Pasukan Bomba Sukarela

24/01/2025 02:24 PM

BUKIT MERTAJAM, 24 Jan (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang meluluskan peruntukan berjumlah RM360,000 untuk diagihkan kepada 36 pasukan bomba sukarela (PBS) yang aktif lima daerah di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Negeri H’ng Mooi Lye berkata setiap PBS akan menerima RM10,000 sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan kerajaan negeri di atas sumbangan mereka kepada komuniti, terutama ketika menghadapi situasi kecemasan.

“Pasukan-pasukan PBS yang sentiasa meletakkan keselamatan dan kebajikan dan kebajikan komuniti setempat melebihi diri sendiri dan komited berada di barisan hadapan untuk membantu dalam apa jua situasi tanpa mengira masa.

"Justeru, sebagai mengiktiraf dan menghargai jasa mereka yang telah bekerja keras, saya telah memohon peruntukan khas daripada Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada November tahun lepas dan diluluskan," katanya pada Majlis Penyerahan Replika Cek kepada PBS Negeri Pulau Pinang di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Bandar Perda di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Endi Sherimi Mohd Azmi dan Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausha Kerajaan Negeri Muhamad Husni Mahmud.

H’ng berharap peruntukan yang disalurkan tersebut dapat digunakan sebaiknya, sekali gus meringankan beban mereka untuk menjalankan aktiviti dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Katanya kerajaan negeri akan terus berusaha untuk memperkasakan PBS selain memastikan sokongan berterusan diberikan supaya mereka dapat terus berkhidmat demi kesejahteraan dan keselamatan komuniti.

 -- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan