KUCHING, 5 Feb (Bernama) -- Sukarelawan dari Petronas dan anak syarikatnya giat membantu mangsa di Bintulu, Kuching dan Miri susulan banjir buruk yang menyebabkan ribuan penduduk di negeri ini terpaksa dipindahkan.
Petronas dalam kenyataan memaklumkan menerusi kerjasama melibatkan Petronas Carigali Sdn Bhd (Sarawak Asset), Kumpulan Syarikat Malaysia LNG(MLNG), Asean Bintulu Fertiliser Sdn Bhd (ABF) dan Yayasan Petronas, syarikat berkenaan menyumbangkan bantuan keperluan kecemasan bernilai lebih RM800,000.
“Antara yang disumbangkan ialah bot penyelamat, bahan api, makanan, minuman dan kit kebersihan untuk membantu mangsa terjejas,” menurut kenyataan itu.
Bintulu dikenal pasti kawasan paling teruk terjejas akibat bencana itu.
Ribuan anggota pasukan kecemasan tempatan dan sukarelawan telah terlibat dalam operasi menyelamat di kawasan terjejas termasuk Bintulu, Miri, Sibu, Kuching, Sebuyau dan Mukah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial