KUALA TERENGGANU, 9 Feb (Bernama) -- Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu Nasrul Hadi Saiadin meninggal dunia hari ini di Hospital Tanah Merah, Kelantan dipercayai akibat serangan jantung.
Penolong Pengarah Yadim Terengganu Ali Azfar Khairul Faiz ketika dihubungi berkata Nasrul Hadi, 48, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 7.15 malam tadi.
“Nasrul Hadi pengsan ketika berada di dalam kereta yang dipandu isterinya petang tadi sebelum dikejarkan ke hospital.
"Mereka sekeluarga sedang dalam perjalanan pulang daripada bercuti di kampung Allahyarham di Kedah dan dalam perjalanan ke Besut,” katanya.
Difahamkan Allahyarham yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah dijadualkan menghadiri satu program di Pulau Perhentian, esok.
Ali Azfar berkata jenazah masih berada di Hospital Tanah Merah dan maklumat mengenai pengebumian akan dimaklumkan oleh ahli keluarga kelak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial