AM

Empat Tapak Bazar Ramadan Disediakan Di Putrajaya - Presiden PPj

15/02/2025 11:59 AM

PUTRAJAYA, 15 Feb (Bernama) -- Empat tapak bazar Ramadan disediakan di Putrajaya tahun ini bagi memberi keselesaan dan memudahkan warga setempat, kata Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud.

Beliau berkata sebelum ini tapak sedia ada terletak di Presint 3, 11 dan 14 manakala untuk tahun ini ada tambahan di Taman Warisan Pertanian (Presint 16). 

“Tahun ini hampir 800 lot disediakan termasuk 260 bagi jualan makanan dan 300 di Anjung Syawal,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Sukan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa di sini hari ini.

Mengulas mengenai aspek pemantauan, beliau berkata pada tahun ini langkah itu lebih tertumpu kepada kualiti makanan maka peniaga hanya dibenarkan menjual selepas 3 petang.

Beliau turut menasihati peniaga bazar Ramadan agar menjaga kebersihan dan kualiti makanan serta tidak menjual pada harga yang tinggi.

PPj juga akan bekerjasama dengan agensi lain termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan tiada kehadiran individu yang mengemis. 

Ramadan tahun ini dijangka pada 2 Mac.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan