AM

Jenazah Lima Beranak Rentung Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

17/02/2025 11:35 PM

JASIN, 17 Feb (Bernama) -- Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah lima beranak yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada Khamis lepas. 

Jenazah Laila Fathinah Mustapa, 37, yang hamil lima bulan dan empat anaknya Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13, Izz Daffa Hafizuddin, 7, Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Haji Johari Bakar pada 10.45 malam di sini hari ini. 

Kira-kira 1,000 penduduk kampung hadir pada pengebumian itu.

Bapa kepada empat kanak-kanak malang itu, Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35, dilihat dipapah oleh dua penduduk kampung ketika tiba di tanah perkuburan berkenaan.

Terdahulu, kenderaan yang membawa jenazah lima sekeluarga itu tiba di Masjid Baitulrahman Kampung Berangan Enam dari Hospital Jasin kira-kira 8 malam dan solat jenazah diimamkan Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Abdul Halim turut membacakan talkin selepas jenazah dikebumikan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan