PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan usaha menjamin kebajikan rakyat seperti membasmi kemiskinan tegar dan projek tebatan banjir disegerakan.
Anwar berkata beliau meminta Perbendaharaan memberi kelonggaran supaya dapat dipercepat melalui peruntukan segera bersama Kementerian Ekonomi dan juga proses pre-queue yang lebih cepat.
Beliau berkata ini terutamanya melibatkan projek yang melalui proses tender yang memakan masa terlalu lama.
“Mengapa kita tekankan soal tender ini, kerana saya tengok kalau kita pakai rundingan ini, kita gunakan kaedah rundingan, banyak ketelanjurannya dan ketirisannya. Jadi sebaiknya kita gunakan tender.
“Tapi tender itu kadang-kadang kalau proses biasa, akan mengambil masa terlalu panjang namun orang yang terkesan dengan banjir ini tidak mampu menunggu,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial