DUNIA

Rusia Hadkan Bekalan Gas Ke Moldova Mulai Rabu

29/12/2024 02:14 PM

MOSCOW, 29 Dis (Bernama-AA) -- Gazprom, syarikat tenaga milik negara Rusia pada Sabtu mengumumkan bahawa ia akan menghentikan bekalan gas asli ke Moldova bermula 1 Jan, atas alasan pelanggaran kontrak dan pertikaian pembayaran yang belum diselesaikan, lapor Agensi Anadolu (AA).  

Dalam satu kenyataan, Gazprom menuduh pengendali gas Moldova, Moldovagaz gagal memenuhi kewajipan pembayaran secara berulang kali, yang disifatkan sebagai pelanggaran besar perjanjian.  

"Oleh kerana pihak Moldova enggan menyelesaikan tunggakan pembayaran bekalan gas, Gazprom PJSC secara rasmi memaklumkan kepada Moldovagaz mengenai keputusan untuk mengehadkan penghantaran gas asli kepada Moldova kepada sifar meter padu sehari, berkuat kuasa pada 8.00 pagi waktu Moscow (GMT0500) pada 1 Jan 2025," kata syarikat itu.  

Gazprom turut menjelaskan bahawa sekatan itu akan kekal sehingga Moldovagaz mengeluarkan notis bertulis rasmi untuk meminta langkah itu ditarik balik.  

-- BERNAMA-AA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan