IPOH, 10 Jan (Bernama) -- Seorang penghuni pusat jagaan swasta yang didakwa menyebabkan kematian seorang penghuni lain di pusat tersebut, telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta.
Hakim Azizah Ahmad memerintahkan Muhammad Firdaus Zohare, 32, dihantar ke hospital tersebut untuk pemerhatian selama sebulan dan menetapkan 18 Feb untuk sebutan semula kes.
Perintah itu dibuat selepas permohonan Muhammad Firdaus, yang tidak diwakili peguam, memaklumkan mahkamah bahawa beliau telah menjadi pesakit mental selama lapan tahun.
Muhammad Firdaus didakwa di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, Muhammad Firdaus didakwa dengan niat menyebabkan kematian Muhammad Afiq Wafiuddin Lokeman, 25, di pusat jagaan Fitrah Nursing Care di Ipoh pada pukul 7.45 pagi, 31 Dis 2024.
Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Vitthiyeswary.
Selasa lepas, media melaporkan polis menahan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan dalam bilik tidur di pusat rawatan swasta di Pasir Puteh di sini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial