BERITA TERGEMPAR   Malaysia and ASEAN should continue to engage, attract investors from the United States, Europe and China without being forced to take sides -- PM Anwar | 
 AM

Spring Festival Gala 2025 Dianjurkan Kedutaan China, UM Hanya Jadi Lokasi Sambutan

21/01/2025 11:20 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Acara sambutan Tahun Baharu Cina yang dinamakan sebagai Spring Festival Gala 2025 bukan di bawah penganjuran Universiti Malaya (UM), sebaliknya ia dianjurkan Kedutaan Besar Negara China yang dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara China.

UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan universiti berkenaan hanya menjadi lokasi acara sambutan itu diadakan.

“Lanjutan daripada perkara ini, apabila pihak penganjur merancang untuk memainkan lagu kebangsaan negara berkenaan, UM telah meminta penganjur untuk turut memainkan lagu Negaraku seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

“Selaku universiti awam yang tertua di negara ini, UM sentiasa menjunjung kedaulatan negara dengan menerapkan nilai patriotik dalam semua aktiviti universiti,” menurut kenyataan itu, yang dikeluarkan bagi menjelaskan isu yang timbul semasa festival berkenaan.

Pada masa sama, UM memaklumkan turut menyambut dasar pengantarabangsaan yang disarankan oleh kerajaan dengan menyantuni dan meraikan pelajar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan