AM

Banjir Di Sarawak: Jumlah Mangsa Di PPS Saratok Kini 91 orang

22/01/2025 09:47 PM

KUCHING, 22 Jan (Bernama) -- Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam kenyataan memaklumkan penduduk terjejas itu terdiri daripada 21 keluarga daripada Rumah Tembawai Kapok yang dilanda banjir sejak Ahad lepas.

Menurut sekretariat itu, paras air meningkat di 21 lokasi pemantauan di empat daerah iaitu di sungai-sungai di Kanowit, Mukah, Matu dan Sebauh.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan