AM

Setiap Isu Padi, Beras Perlu Dirujuk Kepada Pihak Berautoriti - KPKM

23/01/2025 09:54 PM

PUTRAJAYA, 23 Jan (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.

KPKM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka sentiasa  komited untuk mencari penyelesaian terbaik melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras secara menyeluruh, untuk meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin bekalan beras negara.

“Langkah-langkah yang bakal diambil bagi memastikan keberadaan beras putih tempatan (BPT) di pasaran akan dimaklumkan, setelah perincian mengenainya dipersetujui oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu.

KPKM mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons kepada Ketua Task Force Pemantauan Kluster Makanan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang menggesa kerajaan meletakkan portfolio padi dan beras di bawah badan itu, berikutan kekurangan BPT dalam pasaran. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan