AM

YSIJ Sumbang Bantuan Kepada Komuniti Cina Daerah Segamat Sempena Tahun Baharu Cina

25/01/2025 04:03 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menghulurkan sumbangan berupa bakul makanan dan limau mandarin kepada 300 keluarga masyarakat Cina di daerah Segamat sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 29 Jan.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu disampaikan hari ini oleh Pengurus Kanan YSIJ Shah Reza Md Kanafe kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip dengan disaksikan Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzudin Sanusi.

Majlis penyampaian sumbangan itu berlangsung di Buloh Kasap, Segamat yang turut dihadiri oleh penerima sumbangan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan