KUANTAN, 31 Jan (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Abdulaziz di sini, hari ini.
Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran dan kemajuan negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
Sementara itu, dalam hantaran di Facebook, Shamsul Azri berkata beliau meneliti setiap pesanan Sultan Pahang mengenai penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam dan bertekad untuk melaksanakan yang terbaik dalam memastikan Reformasi Perkhidmatan Awam berjalan lancar.
Beliau turut mendoakan agar Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan pemerintahan serta terus menaungi rakyat dengan kasih sayang dan kebesaran jiwa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial