AM

Hujan Berterusan Dijangka Landa Sarawak Sehingga Rabu

03/02/2025 01:38 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini memaklumkan, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, (Sri Aman) Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah. 

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan