KOTA BHARU, 8 Feb (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu, dilakukan pasukan Batalion 8 PGA antara pukul 1 hingga 2 petang selepas mengesan dua lori berasingan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan 80 pokok bonzai kayu hitam dipercayai diseludup dari Thailand dan tanaman itu disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit.
“Dua pemandu lori berkenaan, lelaki warga tempatan berusia 54 dan 59 tahun, dipercayai bertindak sebagai penghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan dan telah ditahan.
“Anggaran keseluruhan nilai rampasan, termasuk kenderaan, dianggarkan bernilai RM2.3 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ros Azhan berkata suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial