AM

Kerajaan Komited Tingkat Persepsi Global Terhadap Ketelusan Sistem Tadbir Urus Negara

11/02/2025 08:40 PM

PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan terus berusaha secara bersepadu untuk meningkatkan persepsi global terhadap kecekapan dan ketelusan sistem tadbir urus negara.

Pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan Indeks Persepsi Rasuah 2024 dijadikan titik rujukan dalam merealisasikan sasaran Malaysia untuk mencapai kedudukan 25 teratas dunia dalam CPl menjelang 2033.

Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini mengumumkan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam CPI 2024, untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

Menurut kenyataan itu, kerajaan terus komited untuk memperhebatkan usaha 

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kerajaan terus komited untuk memperhebat usaha dalam memperkukuh integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik.

Bagi tujuan itu, Pasukan Petugas Khas CPI diterajui Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang mula bersidang sejak Oktober 2024, akan terus meningkatkan langkah-langkah penambaikan yang strategik.

Menurut kenyataan itu, pasukan berkenaan  dianggotai pegawai kanan pelbagai kementerian, pakar berkaitan, serta TI-M dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai urus setia.

Selain itu, enam Kumpulan Fokus CPl yang ditubuhkan di bawah pasukan berkenaan akan meneliti dapatan daripada tinjauan yang digunakan dalam penilaian CPI.

Menurut kenyataan itu, hasil kajian akan menjadi asas kepada perancangan serta pelaksanaan tindakan lebih berkesan dalam memperbaiki kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan