AM

Hotel Sama-Sama KLIA Tawar Bufet Ramadan Bertema 'Samudra' Dengan 360 Sajian

04/03/2025 11:34 AM

SEPANG, 4 Mac (Bernama) -- Hotel Sama-Sama KLIA menyambut kedatangan Ramadan yang mulia dengan bufet Buka Puasa bertemakan ‘Samudara’, yang menawarkan 360 pilihan sajian berinspirasikan laut, darat dan budaya.

Bufet Ramadan kali ini menampilkan pelbagai sajian tradisional Kepulauan Melayu, cita rasa Timur Tengah dan antarabangsa dengan menu istimewa termasuk kambing bakar, makanan laut panggang, beriani penuh aroma, dan bubur lambuk yang menyelerakan.

Tetamu juga berpeluang menikmati bermacam jenis pencuci mulut termasuk kuih-muih, manisan Timur Tengah seperti baklava dan minuman yang menyegarkan seperti air bandung dan air tebu, sebagai penutup hidangan iftar yang sempurna.

“Bufet Ramadan kami yang bertemakan ‘Samudra’ ini mengingatkan kita kepada kedalaman serta kepelbagaian rasa yang ada dan kami ingin bawa keluarga, rakan-rakan dan orang ramai bersama-sama menikmati hidangan yang lazat ini. 

“Kami komited dalam memberikan pengalaman berbuka puasa yang sukar dilupakan sambil menghayati hikmah Ramadan iaitu perpaduan, kesyukuran dan kemurahan hati,” kata Pengurus Besar Hotel Sama-Sama KLIA Sundralingam Kulendra semasa previu Ramadan. 

Bufet Buka Puasa ‘Samudra’ boleh dinikmati bermula 1-30 Mac ini di Continents Restaurant. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 016-2620469 atau e-mel sales@samasamahotels.com.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan