AM

Operasi LRA Bukit Pinang Dihenti, 65,000 Di Kota Setar, Kubang Pasu Terjejas

09/03/2025 09:06 PM

ALOR SETAR, 9 Mac (Bernama) -- Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan akibat litar pintas serta kerosakan pada sistem dalaman elektrikal pam air mentah.

SADA, dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook, memaklumkan bahawa henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang tadi sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengagihan semula bekalan air selesai.

Senarai kawasan yang terjejas akibat kejadian itu boleh diperoleh daripada laman sosial Facebook SADA.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Pegawai Bomba Tinggi II Bakar Saad, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.11 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

"Kebakaran berlaku di LRA Bukit Pinang, dan setibanya di lokasi, didapati kebakaran berlaku pada kotak agihan bekalan elektrik (DB Box), manakala bekalan elektrik telah dipotong oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan