SHAH ALAM, 24 Jan (Bernama) -- Polis mengesahkan seorang maut dan empat cedera dalam kejadian tembak di pantai Morib, Kuala Langat dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa maut di tempat kejadian manakala empat yang tercedera kini dirawat di hospital di Klang dan Serdang.
"Ya, satu kejadian tembak telah berlaku dipercayai di sekitar pantai Morib awal pagi tadi melibatkan seramai lima orang mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semua mangsa dipercayai warga asing namun identiti mereka belum diperoleh.
Hussein berkata siasatan lanjut masih dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan IPD Sepang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial