AM

Mangsa Banjir Di Sabah Menurun, Sarawak Tidak Berubah

03/02/2025 10:15 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menurun manakala di Sarawak tidak menunjukkan banyak perubahan setakat 8 malam ini.

Di Sabah, jumlah mangsa menurun kepada 94 orang berbanding 208 orang pada petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan bahawa daerah Tongod telah pulih daripada bencana banjir dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, mangsa yang ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Kinabatangan bertambah kepada 94 orang malam ini, berbanding 53 mangsa pada petang tadi,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, di Sarawak, seramai 9,314 mangsa dicatatkan di negeri itu, berbanding 9,312 mangsa pada petang tadi, menjadikan angka tersebut tidak menunjukkan banyak perubahan pada malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri itu memaklumkan jumlah mangsa di bahagian Bintulu terus mencatatkan penurunan kepada 4,727 orang, berbanding 4,744 orang pada petang tadi.

“Trend yang sama turut dialami di bahagian Serian yang mencatatkan 1,525 mangsa malam ini, berbanding 1,542 mangsa pada petang tadi; di bahagian Miri (1,464), berbanding (1,466); di bahagian Sibu (839), berbanding (850) serta di Samarahan (523), berbanding (534).

“Bahagian Mukah pula mencatatkan peningkatan daripada 176 orang kepada 236 orang setakat ini,” menurut kenyataan itu.

Sekretariat itu turut memaklumkan tujuh PPS ditutup hari ini, melibatkan masing-masing dua di Samarahan dan Serian, serta satu di Sibu, Mukah, dan Miri.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan