AM

Kanak-kanak Lelaki Empat Tahun Cedera Diserang Anjing

01/03/2025 08:19 PM

ALOR SETAR, 1 Mac (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek dekat Langkawi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 pagi berhampiran dengan rumah kanak-kanak berkenaan, yang terletak berdekatan dengan kawasan tapak perkuburan.

Beliau berkata kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala itu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Ibu mangsa dan pihak hospital telah membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular di media sosial paparan yang menunjukkan keadaan kanak-kanak itu yang sedang duduk dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan