SHAH ALAM, 2 Mac (Bernama) -- Jenazah Pro-Canselor Universiti Selangor (Unisel) Datuk Dr Anuar Tafsir@Masduki atau lebih dikenali Dr Anuar Masduki yang meninggal dunia pagi tadi, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 di sini pada 3 petang.
Terdahulu jenazah Allahyarham Dr Anuar disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum dibawa dengan kenderaan jenazah dan tiba di makam diraja pada 2.12 petang.
Turut berangkat ke pengebumian itu ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.
Terdahulu, Dr Anuar, 79, meninggal dunia pada 9.28 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini.
Dr Anuar yang merupakan pakar kardiologi peribadi kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, meninggalkan seorang isteri Rohana Maimunah Tun Ahmad Zaidi dan dua anak iaitu Dr Ainur Rahman, 48, serta Norma Syaneda, 47.
Allahyarham merupakan Pro-Canselor Unisel sejak 1 Ogos 2009.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial