AM

Pegawai JKR Terlibat Kemalangan Bas Terbalik Di Rembau Selamat - Nanta

12/03/2025 04:58 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan beberapa pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terlibat dalam kejadian bas terbalik di Kilometer 245.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Rembau awal pagi tadi, dalam keadaan baik.

Nanta menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata semua kakitangan JKR itu merupakan penumpang bas berkenaan.

"Saya amat berdukacita dengan insiden kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres hari ini. Saya dimaklumkan, bas ekspres yang membawa kakitangan awam berulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur itu telah memulakan perjalanan dari Melaka pada 5 pagi sebelum kemalangan berlaku.

"Saya dan seluruh pasukan Kementerian Kerja Raya menzahirkan rasa dukacita dan berharap semua yang terlibat dalam kemalangan itu dipermudahkan urusan,” katanya.

Media hari ini melaporkan enam penumpang cedera, manakala 34 yang lain terselamat selepas bas ekspres yang mereka naiki terbalik dalam kemalangan di Kilometer 245.5 Lebuhraya PLUS arah utara di Rembau awal pagi tadi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan