AM

Lazada Rai Ulang Tahun Ke-13: Tawaran Epik, Penjimatan Eksklusif 

13/03/2025 08:59 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Lazada mempelawa para pembeli untuk menyertai kemeriahan “Epic Birthday Vault” yang sarat dengan baucar beli-belah, penjimatan luar biasa dan hadiah menakjubkan bagi meraikan ulang tahun ke-13 sebagai platform perintis e-dagang di Asia Tenggara.

Lazada dalam satu kenyataan memaklumkan “Epic Birthday Vault” satu daripada pelbagai kejutan menarik menanti pembeli bersempena jualan ulang tahun epik Lazada yang bakal berlangsung dari 8 malam pada 24 Mac hingga 27 Mac.

“Dari 19 hingga 27 Mac, pembeli berpeluang melayari ‘Lazada Epic Birthday Surprise’ di Google untuk mengakses tapak mikro khas untuk mendapatkan baucar beli-belah bernilai hingga RM100 yang boleh ditebus semasa ‘Epic Birthday Sale’, bermula 8 malam 24 Mac. 

“Selain baucar Lazada, pembeli bertuah juga berpeluang menerima kad Lazzie digital yang eksklusif, membolehkan mereka ulang siar di TikTok dan meletakkan tag @Lazada_MY,” menurut kenyataan itu.

Menurut Lazada, seramai 13 pemenang kad digital berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai RM21,000 daripada jenama seperti Apple, Baseus, Dyson, Estee Lauder, La Mer, Laifen, Laneige, Logitech, Marshall, Ninja, SK-II, Sony dan Tefal. 

Pembeli juga boleh mengunjungi ‘Epic Birthday Vault” di Pusat Beli-belah MyTOWN di sini pada 22 Mac dari 10 pagi hingga 10 malam, mereka boleh menguji kemahiran untuk peluang memenangi Apple Watch SE (GPS) generasi kedua dan baucar kempen Lazada.

Mereka yang menyertai secara fizikal pula akan menerima kad Lazzie yang boleh boleh dimuat naik di media sosial untuk menebus hadiah percuma, seperti biskut ais krim, Jipinhe Scones dan Kung Fu Tea.

“Lazada juga menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pembeli semasa ‘Epic Birthday Sale’, termasuk baucar diskaun hingga RM1,000, diskaun hingga 90 peratus untuk produk berjenama dan penghantaran percuma. 

“Malah, terdapat jaminan potongan harga sebanyak 50 peratus untuk produk terpilih yang menawarkan penjimatan hebat bagi telefon pintar Poco, peralatan tempat tidur premium daripada Jean Perry dan AKEMI, fonkepala permainan, aksesori mudah alih dan bermacam-macam lagi,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang menjalani ibadah puasa boleh menikmati tawaran sahur (dari 3 hingga 8 pagi) dan moreh (bermula 8 malam hingga 12 tengah malam) yang boleh didapati secara eksklusif sepanjang Ramadan,  menawarkan snek daripada Signature Market, gummy multivitamin daripada Mulittea selain susu kambing berkhasiat dan kurma Safawi. 

Pembeli juga boleh memaksimumkan penjimatan dengan menggabungkan baucar kedai dan kempen, penghantaran percuma, LazCoins dan LazCash, dengan LazCoins menawarkan penjimatan diskaun tambahan hingga 60 peratus. .

Selain itu, pembeli juga berpeluang mendapatkan  LazCash dengan hanya menaip  ‘LazzieChatHunt’  dalam Message+ untuk memenangi wang tunai hingga RM150.

Untuk meraikan ulang tahun itu, Lazada juga melancarkan Tawaran Terhad RM27 bernilai lebih RM40,000, pembeli boleh mendapatkan tawaran hebat ini setiap hari dari 25 hingga 27 Mac pada 12 tengah malam, 8 pagi, 3 petang dan 9 malam, sementara stok masih ada.

“Ulang tahun ke-13 Lazada bukan sekadar peristiwa penting ia lebih daripada itu, mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menawarkan pengguna harga dan pengalaman terbaik, sejajar dengan dedikasi untuk kekal sebagai Always the Better Platform,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut boleh dapati di Aplikasi Lazada atau #LazadaEpicBirthdaySurprise dan #LazadaMY di media sosial untuk kemas kini terkini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan