AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Menurun Petang Ini

13/02/2025 05:53 PM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun kepada 374 orang setakat 4 petang ini berbanding 468 orang pagi tadi.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) memaklumkan seramai 169 orang daripada 43 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kinabatangan.

Selain itu, sekretariat berkenaan memaklumkan sebuah PPS di daerah Beaufort yang menempatkan 33 orang daripada 10 keluarga ditutup petang ini dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas keadaan banjir di kawasan itu pulih sepenuhnya.

Di SARAWAK, Sekretariat JBPN memaklumkan seramai 205 mangsa masih ditempatkan di dua PPS di bahagian Miri.

 Dua PPS di bahagian Mukah iaitu Kem Belia Mukah dan Dewan Kompleks Sukan Komuniti Mukah yang sebelum ini menempatkan 49 mangsa telah ditutup pada 11 pagi tadi selepas banjir di bahagian itu pulih.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan