AM

Banjir Di Sarawak Pulih, Jumlah Mangsa Di Sabah Semakin Menurun

14/02/2025 09:47 PM

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Di SARAWAK, PPS Dewan Masyarakat Beluru dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong Beluru ditutup 5 petang tadi dengan kesemua 202 mangsa kembali ke kediaman masing-masing.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan berkurangan kepada 84 orang daripada 21 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 107 orang daripada 29 keluarga pada 4 petang tadi.

“Hanya sebuah PPS di Kinabatangan masih dibuka,” menurut jawatankuasa itu.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan