AM

Ribut Sekinchan: Bomba Ambil Langkah Berwaspada

12/03/2025 12:32 AM

SABAK BERNAM, 11 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil langkah berjaga-jaga dengan menumpukan kepada kekerapan berlakunya puting beliung atau ribut di negeri itu.

Pengarahnya Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya memberikan perhatian lebih kepada kawasan paling kerap berlaku fenomena itu, terutamanya di Sekinchan

"Perkara itu, antara usul yang akan dibawa pihaknya dalam mesyuarat penyelarasan melibatkan semua jabatan bomba seluruh negara pada 20 Mac ini di Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Zon 7 Sabak Bernam 2025 di Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan di sini hari ini.

Wan Md Razali berkata persediaan untuk menghadapi bencana ribut juga akan dibawa dan dibincangkan  dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri pada Khamis ini, yang lazimnya hanya memfokuskan kepada persediaan menghadapi cuaca panas dan kebakaran.

Terdahulu, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 13 individu dari tiga keluarga selepas 30 kediaman di Taman Ria, Sekinchan dekat sini dilanda ribut kira-kira 4.50 petang tadi.

Sebelum ini, lapan rumah di Jalan Ban Lesen Parit 4 di Sekinchan dilaporkan rosak teruk dalam kejadian ribut sekitar 7 pagi pada 6 Mac.   

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan