KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Gamuda di Australia, Gamuda Holdings Pty Ltd telah memeterai perjanjian mercu tanda dengan pemilik tanah tempatan untuk membangunkan portfolio projek tenaga boleh baharu berskala besar di Tasmania Tengah.
Portfolio itu mewakili kapasiti gabungan 600 megawatt (MW) penjanaan tenaga angin dan solar serta sehingga 600 MW Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS).
Gamuda melalui satu kenyataan hari ini berkata ini menandakan pelaburan penting pertama dalam pembangunan tenaga boleh baharunya di Australia.
Portfolio kumpulan itu, pada masa ini merangkumi Weasel Solar Farm dan Cellars Hill Wind Farm, yang mana, ia diterajui oleh pemilik tanah Tasmania yang terkemuka, Downie Family, dengan rakan kongsi pembangunan Alternate Path.
"Tanah-tanah pastoral di Tasmania telah dimiliki oleh Downie Family selama lebih dari 200 tahun, dan Peter Downie adalah ahli komuniti yang dihormati dan penyokong kuat dalam tenaga boleh baharu.
"Memandangkan ianya adalah projek portfolio yang diterajui pemilik tanah, perancangan projek telah dilakukan dengan kerjasama rapat dengan tuan tanah tempatan, komuniti dan kerajaan. Ia perlu mengambil kira persekitaran tempatan termasuk menyampaikan peluang pekerjaan serta faedah kepada masyarakat setempat dan rebat tenaga kepada isi rumah dalam radius 12 kilometer portfolio tersebut," katanya.
Gamuda hanya akan mengambil kepentingan ekuiti dalam portfolio itu bagi mendapatkan hak pembangunan untuk projek-projek semasa dan masa depan selain menyampaikannya di bawah kontrak-kontrak Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan Sumber (EPC).
"Ini akan menyediakan syarikat dengan saluran dalam kerja-kerja pembinaan tenaga sehingga 2029, dan perjanjian itu tertakluk kepada kelulusan Lembaga Kajian Pelaburan Asing," katanya.
Gamuda berkata pembinaan Weasel Solar Farm dianggarkan bermula menjelang 2027 dan Cellars Hill Wind Farm pada 2028.
"Syarikat itu juga sedang terlibat di bawah perjanjian penglibatan kontraktor awal untuk Projek Tenaga Hidro Berpam Gunung Oven Alinta Energy di New South Wales dan Hab Tenaga Capricornia Copenhagen Infrastructure Partners di Queensland," katanya.
Strategi Ketua dan Pegawai Pertumbuhan Gamuda, Jarred Hardman berkata portfolio Tasmania Tengah adalah selaras dengan strategi tenaga syarikat untuk menjadi pemaju, pembina dan pemilik tenaga boleh baharu bagi memacu masa depan tenaga bersih Australia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial