AM

UTeM ungguli anugerah kepimpinan tertinggi ULDP 2019

14/08/2019 10:23 PM

MELAKA, 14 Ogos (Bernama) -- Mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Ammar Jamaludin telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kepimpinan Tertinggi dalam University Leadership Development Program (ULDP) 2019 yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.

 UTeM, menerusi satu kenyataan hari ini. berkata pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) itu dipilih sebagai pemenang atas ciri-ciri kepimpinan di samping mengetuai pasukan dan menang dalam cabaran-cabaran yang ditetapkan penganjur sepanjang program.

Katanya, Ammar turut mendapat sokongan hebat dan rekomendasi dari rakan-rakan yang bukan ahli pasukan sekali gus menzahirkan keupayaan beliau sebagai pemimpin pasukan yang baik.

ULDP 2019 telah diadakan pada 31 Julai sehingga 10 Ogos 2019 di Menara Axiata Kuala Lumpur dan adalah di bawah tajaan dan penganjuran oleh Axiata Group Berhad.

“Terima kasih kepada pihak UTeM dan pihak Axiata Group yang telah memberikan peluang kepada saya menonjolkan kelebihan yang ada dalam ruangan ini.

“Kemenangan ini merupakan pengiktirafan berprestij diiktiraf syarikat multinasional Axiata Group yang membuka peluang kepada saya untuk  mengikuti tawaran internship bersama Axiata selama dua bulan di samping mendapat rangkaian kenalan daripada Alumni Axiata Young Talent Program,” katanya.

Katanya, kemenangan ini turut menjadi hadiah buat isteri dan keluarganya yang telah memberikan dorongan kuat kepadanya.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Profesor Dr Raha Abdul Rahim gembira dengan perkembangan semasa dan pencapaian anugerah yang diterima oleh mahasiswa UTeM ini.

 Beliau berkata UTeM terus memainkan peranan dinamik dalam meneruskan agenda komprehensif melahirkan mahasiswa holistik yang berdaya saing dalam persekitaran semasa.

 --BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan