EKONOMI

Unit Marine & General peroleh lanjutan kontrak daripada Repsol

03/09/2018 08:43 PM

KUALA LUMPUR, 3 Sept  (Bernama) -- Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat Marine and General Bhd memperoleh lanjutan kontrak bernilai RM25 juta daripada Repsol Oil & Gas Malaysia Ltd.

Syarikat tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, lanjutan kontrak selama setahun itu adalah bagi menyediakan dua kapal penyelenggaraan pengendalian utama kepada Repsol.

“Kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2018 dan seterusnya,” kata Marine dan General.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan