BUTTERWORTH, 2 Jan (Bernama) -- Seramai 22,412 orang murid Tahun 1 di Pulau Pinang telah mendaftar bagi memulakan sesi persekolahan tahun ini.
Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang Mohd Jamil Mohamed berkata jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas.
"Bagi sesi persekolahan tahun lepas, murid Tahun 1 negeri ini yang mendaftar adalah seramai kira-kira 21,000 orang," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan hari pertama sesi persekolahan 2019 di Sekolah Kebangsaan Telok Air Tawar, di sini hari ini.
Terdahulu, Mohd Jamil turut menyampaikan bungkusan sarapan pagi kepada pelajar di pintu masuk sekolah tersebut seawal 7 pagi.
Mohd Jamil berkata purata bilangan setiap kelas di bawah kategori kondusif adalah antara 30 sehingga 35 orang murid.
"Jumlah bilangan tersebut adalah bergantung kepada keluasan bilik darjah, namun persekitaran yang kondusif mampu memberikan suasana yang selesa kepada murid untuk belajar," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri turut memberi peruntukan sebanyak RM3 juta kepada sekolah rendah dan menengah yang diharap dapat digunakan sebaiknya untuk tujuan baik pulih kecil.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial