LABUAN, 8 Feb (Bernama) -- Seorang nelayan Labuan berjaya menaikkan seekor ikan kerapu gergasi seberat 241 kilogram setelah bertarung hampir setengah jam di perairan Semarang.
Menurut seorang penjual ikan tempatan yang dikenali sebagai Rosli, seorang tauke mi ikan membeli ikan tersebut, yang dikenali penduduk tempatan sebagai keratang, pada harga RM13,255.
Rosli berkata nelayan terbabit, yang menjual sumber laut kepada penjual ikan di sini, telah mendaratkan ikan gergasi itu dengan menggunakan joran dan kekili (reel) di perairan itu berhampiran pelantar minyak Sumandak Charlie beberapa hari lepas.
Nelayan itu kemudian membawa hasil tangkapannya itu ke pasar basah Labuan pada Rabu lalu.
Perairan Semarang dekat Labuan sangat popular dengan aktiviti memancing laut dalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial