SUKAN

Kejayaan terbesar Chong Wei berjaya satukan rakyat melalui sukan - TPM

13/06/2019 05:29 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaan terbesar jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei adalah berjaya menyatukan seluruh rakyat melalui sukan.

Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Chong Wei kerana mengharumkan nama negara di pentas dunia. 

“Saya mendoakan kejayaan DLCW dalam apa jua bidang yang dipilih selepas ini,” katanya di laman Twitter beliau, hari ini.

Chong Wei hari ini mengumumkan untuk ‘menggantung raket’ selepas 19 tahun mencurah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Legenda badminton itu menjelaskan keputusan yang sukar itu dibuat demi mengutamakan kesihatannya.

Chong Wei, bekas pemain nombor satu dunia, mendambakan 19 tahun hidupnya sebagai pemain badminton profesional dan menempa nama dalam sukan itu sebagai antara jaguh dunia yang disegani.

Antara pencapaian Chong Wei adalah memenangi pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali, pada edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan