AM

Malaysia menuju teknologi digital dalam pembangunan pelancongan - PM Dr Mahathir

26/08/2019 06:18 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos -- Malaysia sedang mengorak langkah ke arah pendigitalan yang komprehensif bagi mengubah industri pelancongannya dengan inisiatif pelancongan pintar, sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami percaya dengan mendukung seluruh spektrum pendigitalan, kita akan dapat menyediakan peralatan perlu bagi industri pelancongan yang dapat dihubungkan ke peringkat antarabangsa, mengadakan analisis data rapi mengenai masa hadapan pelancongan dan menyingkatkan rangkaian tawaran.

 “Untuk menjadikannya satu kenyataan, satu iklim pelaburan baru diperlukan untuk satu persekitaran kondusif bagi membolehkan industri pelancongan berpusatkan teknologi bergerak ke hadapan. Pelaburan dalam infrastruktur keras dan lembut perlu diseimbangkan.

“Dasar kebangsaan diperlukan untuk membenarkan insentif pelaburan dalam produk yang lebih tidak ketara seperti data pemerolehan, penciptaan kandungan dan kewujudan platform dalam talian,” katanya pada ucaptama semasa melancarkan Persidangan Pelancongan Sedunia 2019.

Yang turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau menjelaskan bahawa pemegang taruh industri kini melabur lebih aktif dalam perkongsian ekonomi yang berkenaan, platform digital, integrasi sosial media, serta analisis data besar untuk menyesuaikan pengalaman pelancongan yang menawarkan kepada demografi khusus seluruh sejagat.

Sektor pendigitalan juga penting kerana kemajuan teknologi juga membawa pelanggan menggunakan peralatan boleh alih dan platform dalam talian untuk mendapatkan maklumat, susunan, buku dan merancang satu percutian yang menyeluruh.

Perdana Menteri juga mengutarakan insentif khusus sedang dirumus untuk menarik pelaburan infrastruktur keras dan pelaburan berdasarkan teknologi baharu dalam sektor pelancongan.

Dr Mahathir berkata, industri pelancongan juga menjadi pemangkin kepada perlindungan alam sekitar, pemuliharaan dan pelestarian kebudayaan dan warisan tempatan.

Beliau yakin ini akan dapat memastikan kekayaan daripada pelancongan akan berkembang luas hingga mencapai kepada pihak komuniti luar bandar yang menawarkan pengalaman unik kepada pelancong.

“Untuk itu, satu bidang yang mana ini boleh dicapai ialah menerusi pembangunan eko-pelancongan mampan.

“Eko-pelancongan adalah sektor kecil bernilai tinggi yang menawarkan pengalaman dan jelajah tulen yang unik kepada satu tempat tertentu. Lumrahnya, kerana ketidakcukupannya, ia berpotensi menjadi satu destinasi penting, yang membawa masuk pelancong bernilai-tinggi,” katanya.

Perdana Menteri berpendapat pemuliharaan eko-pelancongan boleh meningkatkan pengalaman pelancong dan memenuhi rasa bertanggungjawab untuk memberi semula kepada alam semulajadi - yang seterusnya akan menarik pelancong yang berbelanja besar, yang akan menyumbang kepada peningkatan hasil negara.

Beliau menjelaskan bahawa insentif teknologi bagi pembangunan pakej eko-pelancongan, rekabentuk bangunan eko-resort dan inovasi proses perniagaan yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan dan dilaksanakan oleh pengurus destinasi dan pengendali pelancongan.

“Dalam konteks Malaysia, kita bersyukur kerana memiliki hutan tropika kita yang berusia lebih 130 tahun, juga pantai, pulau, keindahan semulajadi yang mengagumkan dan taman negara dan kepelbagaian masyarakat kita.

“Ini semua telah menempatkan Malaysia sebagai destinasi eko-pelancongan yang menjadi tumpuan di dunia; dan menerusi Rancangan Eko-Pelancongan Negara 2016-2025, kita sedang membangunkan destinasi eko-pelancongan berasas kelompok dengan pakej konsesi istimewa yang memasukkan penggunaan teknologi dan pengurusan-eko pintar destinasi,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan komited untuk menerokai tempat baharu menerusi transformasi teknologi dalam pelancongan dan pengurusan destinasi pintar bagi mendidik pemain industri, pelancong dan komuniti tempatan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan