AM

AGONG, RAJA PERMAISURI BERANGKAT KE MAJLIS TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN

18/09/2019 10:21 PM

KUALA LUMPUR, 18 Sept -- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada jam 7.10 malam disambut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Imam Besar Masjid Negara,Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Antara kenamaan yang hadir ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bersama lebih 2,000 jemaah terdiri daripada penjawat awam, wakil agensi kerajaan dan pelajar sekolah tahfiz.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat maghrib diikuti dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat yang diketuai Syaikh Ismail.

Seri Paduka berdua kemudiannya berkenan menunaikan solat isyak yang diimamkan Syaikh Ismail sebelum meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah, dan kemudiannya berangkat meninggalkan majlis pada jam 9 malam.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan