PETALING JAYA, 29 Okt -- Sunway kini memperkenalkan ‘Sunway Smart Parking’, menggunakan cara pengesanan nombor plat dan bayaran menerusi pelbagai cara membabitkan 10,000 petak letak kereta.
Pengalaman parkir tanpa bayaran tunai ini merupakan sebahagian daripada program digitalisasi Sunway bagi memudahkan golongan pembeli belah, dan akan diperkenalkan kepada awam pada suku pertama 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks HC Chan memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, dengan Sunway Smart Parking, pemandu tidak perlu membayar menggunakan tiket parkir bila mereka masuk dan keluar tetapi hanya perlu mendaftar nombor plat kereta menerusi portal Sunway Parking dan aplikasi Sunway Pyramid menerusi fon pintar.
Dari segi pilihan bayaran tanpa tunai, terdapat sejumlah 12 rakan peserta iaitu GrabPay, Boost, WeChat Pay, Alipay, Touch N’ Go Digital, dan Maybank QR di samping rakan kredit MasterCard, Visa, American Express, JCB, UnionPay, dan MyDebit.
Sistem itu akan dilaksanakan di enam premis harta meliputi Sunway Pyramid mall, Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Clio Hotel, Sunway Pyramid Hotel, menara pejabat Sunway Pinnacle dan Menara Sunway.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial