AM

Undang Luak Johol berazam buat perubahan pada Luak Johol

01/01/2020 09:23 PM

KUALA PILAH, 1 Jan -- Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah berazam untuk terus membuat perubahan kepada Luak Johol.

Beliau berkata ini adalah janji beliau sewaktu mengangkat sumpah sebagai Undang Luak Johol yang ke-15 pada 2016.

"Antara janji saya itu ialah untuk menubuhkan Yayasan Undang Luak Johol (YULJ) dan Koperasi Perdana Luak Johol (KPLJ) serta membangunkan tanah terbiar termasuk tanah adat di Luak Johol.

“Alhamdulillah, YULJ dan KPLJ telah berjaya ditubuh dan telah pun menjalankan aktiviti masing-masing.

"Bagi tanah terbiar pula, kita telah mengenal pasti 3,240 hektar tanah terbiar di Luak Johol untuk ditanam dengan pokok Guarana yang estrak minyaknya boleh dijadikan ubat merawat kanser, masalah buah pinggang, jantung dan paru-paru.

“Estrak buah ini juga boleh dijadikan bahan kosmetik selain boleh dicampur dalam minuman berkarbonat untuk memberi tenaga kepada pengguna," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran beliau di Balai Undang Luak Johol di sini, hari ini. Beliau akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-54 esok.

Isteri beliau, Tok Puan Faridah Hanom Jaafar yang dilahirkan pada 1 Januari 1965 turut hadir pada majlis tersebut.

Hadir sama ialah Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Jelebu serta Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan