JOHOR BAHRU, 18 Feb -- Memori berharga bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang pernah diabadikan menerusi foto, kini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi “Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor”.
Perkara itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Sultan Johor semalam, yang mempelawa rakyat Malaysia supaya menghantar gambar terbaik mereka bersama baginda.
Sepuluh penyertaan terbaik akan menerima hadiah menarik termasuk gambar mereka akan ditandatangani secara peribadi oleh Sultan Ibrahim.
Untuk menyertainya, peserta dikehendaki menghantar sekeping gambar mereka bersama Sultan Johor ke Facebook Messenger Laman Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Penyertaan hanya diterima melalui Facebook Messenger baginda sahaja dan gambar yang dihantar melalui komen atau lain-lain medium tidak akan diterima.
Selain itu, peserta harus menekan butang ‘like’ pada laman Facebook baginda atau mengikuti akaun Instagram baginda @officialsultanibrahim, menekan butang ‘like’ mengenai pengumuman pertandingan itu dan berkongsikan beritanya di akaun Facebook masing-masing dengan meletakkan hashtag #sultanjohorkita dan ‘tag’ tiga rakan mereka.
Penyertaan dibuka sehingga 21 Feb ini dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial