AM

Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera ditutup tujuh hari bermula 18 Jun

03/03/2020 01:41 PM

GEORGE TOWN, 3 Mac  -- Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan ditutup sementara selama tujuh hari bermula 18 Jun depan untuk kerja penyelenggaraan tahunan berjadual kedua dalam tahun ini.

Menurut kenyataan Perbadanan Bukit Bendera (PHC), perkhidmatan kereta api itu akan beroperasi semula selepas penyelenggaraan tahunan selesai pada 25 Jun.

“PHC melaksanakan kerja penyelenggaraan berjadual sebanyak dua kali setahun di bawah pengawasan syarikat pengeluar funikular iaitu Garaventa AG daripada Switzerland untuk memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan memenuhi pemeriksaan syarat keselamatan yang ketat.

“PHC juga menjalankan pemeriksaan rutin dan penyelenggaraan terhadap sistem funikular pada setiap hari, mingguan dan bulanan serta pemeriksaan selepas waktu operasi,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang tempoh penutupan itu, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan jip dikendalikan oleh syarikat persendirian dari  Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera.

“PHC mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung atas kesabaran dan sokongan berterusan kepada Bukit Bendera. Sebarang kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi PHC di talian 04-8288880 atau e-mel kepada inquiries@penanghill.gov.my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan