AM

Hari Keputeraan Agong setiap Isnin pertama bulan Jun

04/03/2020 02:38 PM

PUTRAJAYA, 4 Mac  -- Kerajaan bersetuju sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi tahun 2020 dipinda daripada hari Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataan hari ini, berkata kerajaan juga bersetuju bahawa mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan Abdullah, Hari  Keputeraan Rasmi Seri Paduka adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap  tahun. 

"Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan